PRU15 : Individu Positif Covid-19 Bakal Ada Ruang Undi Khusus, Kena Mengundi Cepat

LocalPolitics
15 Nov 2022 • 2:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa mana-mana individu yang disahkan positif Covid-19 akan diberi kebenaran untuk mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Susulan itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom akan memastikan bahawa proses undian bagi pengundi positif COVID-19 di pusat pengundian di seluruh negara, akan dilakukan dengan cepat.

 

Akan diasingkan

Bagi mengelakkan virus menular, beliau menggesa pengundi yang positif Covid-19 perlu memaklumkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan mengenai status kesihatan sebelum hadir ke pusat mengundi, lapor Awani.

“Mereka (KKM) akan asingkan pengundi positif dan anda akan undi dengan cepat dan kita juga akan asingkan anda daripada pengundi lain.”

Beliau ditemui selepas meninjau proses undi awal di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini dan mengatakan bahawa proses undian dijalankan secara lancar.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata seorang anggotanya disahkan positif COVID-19 dan telah diarahkan mengundi pada sebelah petang.

image is not available

“Kita telah jelaskan untuk datang petang kerana kalau waktu pagi agak sesak,” katanya menambah proses undi awal di IPD Putrajaya ketika ini berjalan lancar.”

Menurut sumber, seramai 1,386 pengundi awal Parlimen Putrajaya terdiri daripada anggota polis dan tentera menunaikan tanggungjawab mengundi di dua pusat pengundian di IPD Putrajaya dan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) di sini bermula 8 pagi hari ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.