PRU15: MKT UMNO mula tiba di WTC

Politics
19 Nov 2022 • 10:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Maslan tersenyum apabila disapa media sewaktu tiba di WTC.

KUALA LUMPUR - Beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mula tiba di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini secara berperingkat bermula jam 9 malam.

Antara yang kelihatan adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Turut hadir, Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Setakat ini, keadaan di WTC masih lagi lengang, namun ada penyokong yang mula hadir bagi mengikuti perkembangam terkini keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN memenangi 17 kerusi manakala Pakatan Harapan jauh mendahului dengan 54 kerusi dan Perikatan Nasional 35 kerusi.