PRU15: Pengundi Sarawak Beranikan Diri Redah Banjir Paras Lutut Untuk Mengundi

Entertainment
19 Nov 2022 • 5:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Di musim hujung tahun ini, kita dapat lihat banyak tempat dinaiki banjir dan ia sekaligus mengganggu proses untuk membuat undian di hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan mungkin ada yang tidak dapat menunaikannya.

Namun begitu, pengundi di Ulu Baram, Sarawak ini bersemangat kental sebab sanggup redah biarpun air dah naik sampai ke lutut.

image is not available

Tular di media sosial suasana banjir di kawasan tersebut iaitu pusat pengundian Kampung Long Bemang

Menurut FMT, Pesuruhjaya Polis Sarawak Azman Ahmad Sapri berkata jumlah pusat mengundi terbabit masih belum dapat dipastikan.

image is not available

“Berdasarkan maklumat terkini, ketua polis daerah di lokasi terjejas telah berbincang dengan pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan mengenai langkah perlu diambil.”

image is not available

Beberapa kawasan di Limbang, termasuk Mendamit, Sundar dan Trusan, serta di Hulu Baram Miri dilanda banjir awal minggu ini.

Tambah Azman, setakat jam 10 pagi tadi, tiada sebarang insiden dilaporkan melibatkan keselamatan pengundi atau gangguan dalam proses pengundian bagi Sarawak.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.