PRU15: PN Kelantan umum calon 3 November depan

Politics
23 Oct 2022 • 12:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zulkifli (tiga dari kanan) beramah mesra dengan media Kelantan semasa merasmikan bilik gerakan media PN Kelantan di Kota Bharu pada Ahad.

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) yang mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di semua 14 kawasan Parlimen di negeri ini pada 3 November depan.

Pengarah Pilihanraya PN negeri, Zulkifli Mamat berkata, bagi menghadapi PRU15 pihaknya akan menggerakkan 27,200 jentera parti yang akan memainkan peranan sepanjang tempoh berkempen.

"Pada masa yang sama PN juga akan mengaktifkan 544 bilik gerakan Unit Daerah Mengundi (UDM) bagi melancarkan gerak kerja sepanjang tempoh berkenaan," katanya semasa merasmikan bilik gerakan media PN Kelantan di sini pada Ahad.

Menurut beliau, kempen secara bersemuka menjadi tunjang utama dalam meraih sokongan pengundi untuk memilih PN.

Katanya, pendekatan itu secara tidak langsung mampu mendekatkan parti dengan rakyat.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Condong itu berkata, pelancaran jentera PN akan turut dilakukan pada 3 November ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved