PRU15: SPR Larang Bawa Telefon Bimbit Dalam Bilik Mengundi

World
10 Nov 2022 • 12:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, 9 November mengeluarkan larangan penggunaan telefon bimbit ketika membuang undi di pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Larangan tersebut dimasukkan ke dalam satu infografik ’10 Langkah Pengundian’ yang dimuat naik SPR di akaun Instagram rasmi mereka.

Serah telefon selepas ambil kertas undi

Menerusi infografik tersebut, langkah ke-6 menjelaskan pengundi akan diminta untuk menyerahkan telefon bimbit kepada ketua tempat mengundi (KTM) sebaik mengambil kertas undi dari kerani pengundian ketiga (langkah 5).

Pengundi bagaimanapun dibenarkan mengambil semula telefon mereka sebaik selesai memasukkan kertas undi (langkah 8) sebelum bergerak keluar dari tempat mengundi.

image is not available
Foto: SPR

Cetus perdebatan

Arahan ini bagaimanapun mencetuskan perdebatan di media sosial di mana ada yang menyifatkan ia sebagai satu langkah yang tidak wajar.

Ini kerana ada yang khuatir segelintir pengundi mungkin akan terlupa mengambil semula peranti mereka yang telah diserahkan dan ada juga risau akan berlaku kehilangan atau kecurian di sana.

Sekitar Oktober lalu, Badan Pemerhati Rasuah (MCW) mencadangkan agar SPR menguatkuasakan undang-undang melarang pengundi membawa masuk telefon bimbit ke pusat mengundi bagi mengelakkan budaya rasuah.

Ini kerana dibimbangi ada segelintir pengundi yang akan merakam gambar kertas undi bagi menuntut bayaran daripada parti yang diundi sekaligus menjurus kepada perbuatan rasuah.

View Original Article