PRU15: UPKO tawan semula Penampang

Politics
19 Nov 2022 • 10:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ewon kelihatan gembira meraikan kemenangannya di kerusi Parlimen Penampang pada Sabtu.

KOTA KINABALU - Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berjaya menawan semula kerusi tradisi parti itu di Parlimen Penampang menerusi kemenangan calonnya, Datuk Ewon Benedick dengan jumlah majoriti 14,410 undi.

Menurut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ewon yang menang di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) berjaya memperoleh sebanyak 29,066 undi sekali gus menewaskan penyandangnya, Datuk Darell Leiking daripada Parti Warisan (Warisan) yang hanya mendapat sebanyak 14,656 undi.

Ewon turut menewaskan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Kenny Chua Teck Ho dengan undian sebanyak 6,719 dan calon Bebas, Richard Jimmy telah hilang deposit dengan jumlah undi sebanyak 289.

Jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Penampang seramai 77,214 orang dan jumlah undi sebanyak 50,730 dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 65.70 peratus.

Darell yang juga Timbalan Presiden Warisan pernah digelar 'giant killer' selepas berjaya menumbangkan Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok pada PRU13.



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved