
KOTA BHARU – Pas sudah membuat persiapan dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) pada bila-bila masa sekiranya kerajaan memutuskan untuk membubarkan Parlimen sama ada awal atau lambat daripada tempohnya.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, hal ini kerana parti itu sudah biasa berdepan keadaan sedemikian.
“Terpulang pada kerajaan, kita (Pas) ikut sahaja. Parti sentiasa bersiap sedia termasuk dari segi persiapan calon bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di sini hari ini.
Media sebelum itu melaporkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengambil pendirian bahawa adalah lebih baik PRU16 diadakan lebih awal iaitu sebelum menghampiri tempoh penggal Parlimen yang sepatutnya berakhir pada hujung tahun depan.
Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah sedemikian akan membolehkan mandat mentadbir kerajaan Persekutuan dapat diperoleh kembali daripada rakyat. – KOSMO! ONLINE
The post PRU16 awal atau lambat, Pas sudah bersedia – Abdul Hadi appeared first on Kosmo Digital.





