Muktamar: Awal atau lambat, Pas sudah sedia hadapi PRU16

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 11:55 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Muktamar: Awal atau lambat, Pas sudah sedia hadapi PRU16

KOTA BHARU: Pas sudah membuat persiapan dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) pada bila-bila masa sekiranya kerajaan memutuskan berbuat demikian.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata,  parti itu sudah biasa berdepan keadaan sedemikian.

“Terpulang kepada kerajaanlah, kita ikut sahaja. Parti sentiasa bersiap sedia termasuk dari segi persiapan calon bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas di sini hari ini.

Media sebelum itu melaporkan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengambil pendirian bahawa adalah lebih baik PRU16 diadakan lebih awal, iaitu sebelum menghampiri tempoh penggal Parlimen yang sepatutnya berakhir hujung tahun depan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata, langkah sedemikian membolehkan mandat mentadbir kerajaan Persekutuan diperoleh kembali daripada rakyat. – UTUSAN

The post Muktamar: Awal atau lambat, Pas sudah sedia hadapi PRU16 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved