PRU16: Beranikah Pas namakan Ahmad Zahid 'poster boy' sebagai PM? - AMK

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 1:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRU16: Beranikah Pas namakan Ahmad Zahid 'poster boy' sebagai PM? - AMK
Mohd Shafiq Iqram berkata, jika BN dan PN benar-benar serius untuk bekerjasama menghadapi PRU16, rakyat perlu tahu apakah bentuk kerajaan yang mereka mahu bina dan siapa yang akan memimpin kerajaan tersebut. Foto: AMK

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar Pas agar menamakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai 'poster boy' calon Perdana Menteri dalam gerakan 'gelombang biru' untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Pengarah Strategi AMK, Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, jika BN dan Perikatan Nasional (PN) benar-benar serius untuk bekerjasama menghadapi PRU16, rakyat perlu tahu apakah bentuk kerajaan yang mereka mahu bina dan siapa yang akan memimpin kerajaan tersebut.

Tegasnya, pada masa kini, kedengaran nama Ahmad Zahid disebut sebagai kemungkinan calon Perdana Menteri namun pada masa sama, Pas juga pernah menyatakan mereka mempunyai calon Perdana Menteri sendiri.

"Jadi saya hendak tanya secara terus kepada Pas. Kalau BN-PN membentuk kerajaan selepas PRU16, adakah Pas bersedia menerima Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri?

"Kalau tidak, siapa calon yang Pas mahu? Kalau BN pula mempunyai calon yang berbeza, bagaimana keputusan itu akan dibuat?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Isnin, Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Pahang, Kampus Raub, Muhammad Ariff Asyrul Adnan berkata, Pas perlu bersedia untuk menerimasekiranya Ahmad Zahid bertegas untuk menjadi PM pasca PRU16.

Beliau menjelaskan, selaku rakan gabungan dalam gerakan 'gelombang biru', bagi Pas, menerima Ahmad Zahid bukan semata-mata soal menerima seorang individu daripada UMNO.

Bekas pemimpin DAP, Ong Kian Ming sebelum ini meramalkan Ahmad Zahid akan menjadi Perdana Menteri jika BN dan PN membentuk pakatan serta memenangi PRU16.

Dalam pada itu, Mohd. Shafiq berkata, pada akhirnya, ini adalah soal mandat rakyat dan rakyat berhak mengetahui apa yang ditawarkan sebelum mereka membuang undi.

Ujarnya lagi, seandainya BN-PN mahu membentuk sebuah kerajaan bersama, mereka perlu menjelaskan perkara asas ini kepada rakyat.

"Siapa calon Perdana Menteri mereka? Bagi saya, soalan ini wajar dijawab secara terbuka sebelum PRU16, bukan selepas keputusan pilihan raya diketahui," tegasnya. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved