PRU16: DAP usah beri tekanan pada PM, hormat saluran bantahan atau sila letak jawatan – Penganalisis

LocalPolitics
26 Aug 2026 • 9:53 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRU16: DAP usah beri tekanan pada PM, hormat saluran bantahan atau sila letak jawatan – Penganalisis

KUALA LUMPUR: Tindakan DAP yang menetapkan tempoh empat bulan kepada kerajaan untuk menunaikan janji-janji reformasi akan memberi tekanan secara tidak sengaja kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mampu menjerat parti itu sendiri.

Pakar Perlembagaan dari ISTAC-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, prinsip tanggungjawab kolektif tidak mewajarkan ahli Jemaah Menteri membuat tentangan atau kritikan terbuka kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata, sebarang pandangan boleh dikemukakan melalui saluran yang betul, dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Jika ada mana-mana ahli Jemaah Menteri tidak sependapat dengan Perdana Menteri sekalipun, ia boleh merekodkan bantahan dan usul tidak bersetuju dalam minit mesyuarat.

“Jika ahli Jemaah Menteri tidak dapat menghormati adab dan prinsip tersebut, dia lebih wajar meletakkan jawatan,” katanya hari ini.

Image from: PRU16: DAP usah beri tekanan pada PM, hormat saluran bantahan atau sila letak jawatan – Penganalisis
WAN AHMAD FAUZI WAN HUSSAIN

Sebelum ini, DAP yang menguasai 40 daripada 150 kerusi Parlimen dalam blok kerajaan, mempunyai lima menteri dan tujuh timbalan menteri, menggesa Anwar menyegerakan reformasi institusi utama menjelang Disember 2026.

Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo menggesa Anwar menyegerakan reformasi institusi utama menjelang Disember, termasuk mengasingkan peranan peguam negara dan pendakwa raya, mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal, serta memperuntukkan dana pembangunan kawasan secara saksama.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fauzi berkata, percanggahan dalam kalangan ahli Jemaah Menteri tidak akan memberikan gambaran kestabilan sebuah pentadbiran kerajaan selain memberikan tekanan yang tidak wajar kepada PM.

“Ahli Jemaah Menteri mewakili kepentingan kerajaan dan tertakluk kepada prinsip keluhuran Perlembagaan. Mereka perlu bezakan antara agenda parti dengan kewajipan kerajaan untuk melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan.

“Perbezaan dan kritikan boleh ada, tapi hendaklah diuruskan megikut saluran yang betul,” katanya. – UTUSAN

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved