PRU16: Gandingan Anwar-Muhyiddin bawa penawar untuk Malaysia sebenar - Penganalisis

LocalPolitics
2 Oct 2026 • 5:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRU16: Gandingan Anwar-Muhyiddin bawa penawar untuk Malaysia sebenar - Penganalisis
Misrinah berkata, keberadaan Presiden PKR dan Presiden Bersatu itu dalam satu barisan menjamin keyakinan rakyat dalam nasib dan isu Melayu terus dipertahankan. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai penawar kepada banyak masalah berkait perkauman di negara ini.

Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Misrinah Misban berkata, keberadaan Presiden PKR dan Presiden Bersatu itu dalam satu barisan menjamin keyakinan rakyat dalam nasib dan isu Melayu terus dipertahankan.

Katanya, pada masa sama, kaum Cina dan India terus mendapat pembelaan daripada pimpinan lain dalam Pakatan Harapan (PH) dengan rekod pentadbiran sebelum ini yang ternyata berkesan.

"Gandingan Anwar dan Muhyiddin juga pastinya diterima baik oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

"Rakyat Malaysia Timur pastinya mengalu-alukan gandingan Anwar dan Muhyiddin kerana tidak fokus kepada politik perkauman dan menampilkan wibawa kepimpinan yang menyeluruh demi semua kaum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa sebelum ini dilaporkan berkata, gandingan Anwar dan Muhyiddin dilihat sebagai kombinasi terbaik sekiranya kedua-dua pemimpin itu mengambil alih jawatan perdana menteri dan juga timbalan perdana menteri kelak.

Husam menjelaskan, beliau melihat sekiranya kedua-dua pemimpin ini digandingkan, ia akan dapat mengamankan peralihan kuasa jawatan penting negara yang akan berlaku nanti. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved