PRU16: Isu rasuah, sakau dikait UMNO hakis kepercayaan rakyat, tidak akan undi BN – Peguam

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 11:47 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

UMNO

KUALA LUMPUR: UMNO akan terus defensif jika diasak berterusan dengan isu rasuah dan sakau dan ia pasti akan menghakis rasa percaya rakyat kepada parti itu sekali gus mereka tidak akan mengundi Barisan Nasional (BN) di dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Peguam bela dan Peguam cara, Dr Zulqarnain Lukman berkata, pada masa kini sistem politik demokrasi Malaysia berhadapan dengan cabaran mood pengundi yang boleh berubah dengan begitu pantas.

Katanya, sebarang isu semasa berkaitan dengan parti politik pasti akan menyebabkan parti politik itu berada di dalam defensif.

Dalam hal UMNO, katanya, parti ini tidak boleh lari dengan isu sakau dan rasuah kerana mereka telah menguasai kerajaan dengan begitu lama dan ini memberikan peluang kepada sebahagian pemimpin dan ahli UMNO untuk menggunakan peluang dan kedudukan mereka di dalam kerajaan untuk membuat kerja-kerja sakau.

“Kebolehpercayaan rakyat nampak agak baik kepada UMNO selepas mereka menjadi sebahagian daripada komponen Kerajaan Perpaduan. Ini dibuktikan dengan kemenangan mereka di dalam Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan.

“Namun, tindakan mereka bertanding secara solo atau berpakat dengan Perikatan Nasional telah mengundang rasa jengkel pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH),” katanya hari ini.

Image from: PRU16: Isu rasuah, sakau dikait UMNO hakis kepercayaan rakyat, tidak akan undi BN – Peguam
ZULQARNAIN LUKMAN

Zulqarnain berkata, bagi PH, tindakan UMNO itu dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada kerjasama Kerajaan Perpaduan, apatah lagi Presiden UMNO telah secara terbuka menyerang Perdana Menteri di dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Katanya, Ini telah mengundang reaksi balas daripada pemimpin dan penyokong PH.

“Jika sebelum ini penyokong PH hanya berdiam diri terhadap perkara yang membabitkan UMNO demi menjaga kestabilan politik di peringkat nasional, tetapi sekarang para penyokong PH secara terbuka telah menghentam BN-UMNO,” katanya.

Menurut beliau, sekarang ini UMNO sangat defensif dalam hal Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dan penyokong PH pula tanpa bertapis lagi telah menghentam UMNO dan isu Felda pula akan memberikan imej buruk kepada UMNO.

Sebab itu, katanya, Ketua Pemida UMNO, Dr Akmal Salleh telah cuba menjarakkan diri apabila berlaku tangkapan ke Dato Seri dan Dato Wira.

“Justeru amat susah bagi UMNO untuk mensucikan imej parti daripada label rasuah dan sakau.

“Tambahan lagi, pengampunan kedua yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencetuskan perbahasan meluas dan mengingatkan semula pengundi kepada jenayah 1MDB. Selain itu, isu kerugian UiTM juga memberikan dampak negatif kepada UMNO,” katanya. – UTUSAN

The post PRU16: Isu rasuah, sakau dikait UMNO hakis kepercayaan rakyat, tidak akan undi BN – Peguam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved