“PH tak mahu? BN tak paksa namun sentiasa terbuka terima kerjasama” – Asyraf Wajdi

LocalPolitics
30 Sep 2026 • 3:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Barisan Nasional (BN) menegaskan pihaknya tidak akan memaksa Pakatan Harapan (PH) untuk menjalin kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya menghormati pendirian yang dibuat gabungan berkenaan.

Image from: “PH tak mahu? BN tak paksa namun sentiasa terbuka terima kerjasama” –  Asyraf Wajdi

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, BN kekal dengan pendirian terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam menentukan strategi menghadapi pilihan raya negeri itu.

Menurutnya, keputusan sama ada PH mahu bekerjasama atau sebaliknya merupakan hak gabungan tersebut dan BN tidak akan memaksa sebarang bentuk persefahaman politik.

“Itu hak dia (PH), jika tidak mahu bekerjasama.
“Kita tak boleh paksa kerana itu parti mereka (PH). Namun, kita sentiasa terbuka,” katanya kepada media selepas majlis pra-pelancaran MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2026 di Menara MARA, hari ini.

Kenyataan itu hadir selepas Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad dilaporkan berkata PH tidak akan menerima tawaran kerjasama daripada BN untuk PRN Melaka. Menurut Khalid, buat masa ini PH terbuka bekerjasama dengan parti lain kecuali BN dan Perikatan Nasional (PN).

Image from: “PH tak mahu? BN tak paksa namun sentiasa terbuka terima kerjasama” –  Asyraf Wajdi

Perkembangan tersebut menyusul selepas Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini meminta BN menjelaskan pendiriannya mengenai kemungkinan kerjasama bagi menghadapi PRN berkenaan susulan belum ada perkembangan mengenai pertemuan kedua-dua pihak.

Dalam perkembangan berkaitan, Asyraf Wajdi berkata BN masih berada pada peringkat rundingan dan setakat ini belum mengadakan perbincangan dengan mana-mana jajaran politik baharu.

“Setakat ini sedang berunding. Kita tunggu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum umum tarikh.
“Masih jajaran politik yang sama,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata BN dijadual memulakan rundingan dengan dua pihak bagi membincangkan kemungkinan kerjasama menghadapi PRN Melaka. Beliau bagaimanapun tidak menamakan dua pihak berkenaan.

Sumber: Harian Metro (Nor Asyikin Mat Hayim)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved