Berikutan dapatan bahawa 54% rakyat Malaysia tidak pasti di mana untuk mendapatkan nasihat dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Kuala Lumpur, 2 Julai 2026 – Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) hari ini memperkenalkan Prudential Guided Care, iaitu rangkaian perkhidmatan sokongan penjagaan kesihatan yang disediakan untuk pelanggan yang mempunyai perlindungan perubatan. Inisiatif ini direka untuk membantu rakyat Malaysia membuat keputusan penjagaan kesihatan dengan lebih jelas dan yakin, serta mendapatkan akses tepat pada masanya kepada rawatan yang sesuai apabila memerlukan sokongan perubatan.
Pengenalan perkhidmatan ini dibuat ketika kebimbangan mengenai akses kepada penjagaan kesihatan semakin meningkat, termasuk ketidakpastian tentang ke mana harus mendapatkan rawatan. Dapatan daripada laporan Patient Voices Malaysia¹ oleh Prudential menunjukkan bahawa 94% rakyat Malaysia pernah menangguhkan rawatan perubatan, dengan 54% menyatakan ketidakpastian tentang tempat untuk mendapatkan rawatan serta kebimbangan mengenai kemampuan kewangan sebagai antara halangan utama.
Menyedari jurang yang wujud, Prudential Guided Care dibangunkan untuk menawarkan lebih daripada sekadar perlindungan perubatan konvensional dengan membimbing dan menyokong pelanggan pada setiap peringkat perjalanan penjagaan kesihatan mereka — daripada konsultasi awal hingga proses pemulihan.
Ini termasuk pelbagai perkhidmatan yang direka untuk memudahkan dan mempertingkatkan pengalaman penjagaan kesihatan pelanggan:
- Care Concierge (Khidmat Concierge Penjagaan Kesihatan) – Menyediakan akses 24/7 kepada pakar yang sesuai, termasuk sokongan tempahan janji temu, sekaligus memudahkan pelanggan mendapatkan penjagaan yang diperlukan.
- Case Management Service (Perkhidmatan Pengurusan Kes) – Menyediakan sokongan khusus melalui pengurusan kes oleh pakar serta akses kepada pendapat perubatan kedua, memberikan pelanggan kejelasan yang lebih baik daripada peringkat diagnosis hingga ke pemulihan.
- Homecare Programme (Program Penjagaan Di Rumah) – Menyediakan penjagaan profesional dan sokongan pemulihan di rumah atau di pusat penjagaan khusus bagi memberikan keselesaan dan keyakinan yang lebih baik sepanjang proses pemulihan.
Semua perkhidmatan ini dilengkapi dengan ciri tambahan seperti PRUPanel Plus, Manfaat Tiada Tuntutan, manfaat pembedahan harian, serta sokongan rawatan terkini, sekali gus membentuk ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh untuk pelanggan dengan pelan perubatan Prudential.
Bercakap mengenai pelancaran tersebut, Manisha Keyal, Ketua Pegawai Perubatan PAMB berkata: "Penjagaan kesihatan tidak seharusnya menjadi sesuatu yang mengelirukan atau membimbangkan, terutamanya pada saat-saat kritikal apabila seseorang paling memerlukan sokongan."
"Memilih penyedia penjagaan kesihatan yang tepat dan mengetahui ke mana untuk mendapatkan rawatan pada saat-saat kritikal boleh menimbulkan kekeliruan, kebimbangan dan tekanan, terutamanya apabila anda tidak berada dalam keadaan terbaik. Dengan Prudential Guided Care, kami di sini untuk menyokong anda apabila anda memerlukan penjagaan kesihatan, dengan kejelasan yang lebih baik, keyakinan serta penjagaan berkualiti yang melangkaui sekadar perlindungan. Kerana kekayaan sebenar ialah apabila kesihatan menyebelahi anda," tambahnya.
Pengenalan Prudential Guided Care mencerminkan komitmen berterusan PAMB dalam menyokong rakyat Malaysia bukan sahaja dalam menguruskan kos penjagaan kesihatan, tetapi juga dalam mengharungi kerumitan sistem penjagaan kesihatan dengan lebih yakin dan tenang.
Rujukan
¹ Prudential’s Patient Voices Malaysia. 2026. Boleh didapati di: https://www.prudential.com.my/en/about-us/newsroom/insights/patient-voice/





