
Skuad hoki negara bakal turun berdepan juara bertahan, Australia, dalam saingan final Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2026 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, malam ini.
Untuk rekod, Speedy Tigers berpeluang mencipta rekod baharu malam ini sekiranya menewaskan juara 10 kali itu.
Kali terakhir skuad negara melakar kemenangan ke atas Australia-ranking ketiga dunia- itu pada 1994 iaitu 32 tahun lalu dalam kejohanan sama.
Mampukah Malaysia mengulangi pencapaian 32 tahun lalu itu?
Ayuh saksikan perjuangan anak buah Brendon Carolan berdepan Australia di saluran Stadium Astro 802 bermula jam 7.40 malam ini.
Untuk rekod, ini merukan kali ketujuh skuad hoki negara melangkah ke pentas akhir selain pernah bergelar juara pada 2022.
Pencapaian terbaik Malaysia adalah bergelar naib juara sebanyak lima kali pada 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.






