Psikologi di sebalik.. lelaki tak suka gosip tapi dengan kawan sembang kencang

Health & Fitness
12 Dec 2025 • 7:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Psikologi di sebalik.. lelaki tak suka gosip tapi dengan kawan sembang kencang
Foto: Public Health M'sia

Pernah tak bila kita tanya suami, “Abang lepak tadi sembang apa?”

Dan jawapan dia cuma… “takde apa-apa, biasa je.”

Padahal dua jam duduk mamak, gelak sampai pekerja pun senyum tengok.

Dalam psikologi, ini bukan pelik pun. Lelaki sebenarnya bukan tak bergosip, cuma cara mereka lain.

Sejak kecil, lelaki dibentuk dengan skrip sosial yang sangat kuat. Mereka diajar jadi ringkas, tak banyak cakap, tak tunjuk emosi. Teori peranan sosial panggil ini gender role expectation. Bila dengan isteri, otak mereka automatik “filter” dan anggap cerita sosial tak penting untuk dihantar.

Sebab tu jawapan selalu pendek dan neutral.

Tapi bila dengan kawan lelaki, semuanya berubah😅

Ruang tu rasa selamat, tak ada siapa menghakimi, dan tak ada risiko salah faham. Ini dipanggil homosocial bonding lelaki rapat melalui gurauan, aktiviti dan cerita yang dibungkus sebagai borak santai. Dan di sinilah covert intimacy berlaku, iaitu cara lelaki berkongsi hal hidup tanpa nampak macam sedang berkongsi apa-apa.

Apa sebenarnya yang mereka sembangkan?

Lebih kurang macam ni, kerja, bos, siapa tukar kereta, siapa gaduh dengan siapa, plan bisnes, isu politik, tanda tanda dajal, cerita lama masa sekolah, perangai member yang lucu.

Hakikatnya, banyak juga gosip. Cuma mereka tak panggil “gosip”, mereka panggil “borak”.

Dan kenapa dengan isteri mereka senyap?

Sebab lelaki cenderung pada report-talk bercakap bila ada tujuan. Kalau cerita tak ubah apa-apa dan tak perlukan tindakan, otak mereka rasa “tak perlu report”. Ditambah pula rasa takut tersalah cakap, takut disalah tafsir, takut nampak terlalu sensitif.

Bukan bermaksud mereka tak sayang, tak peduli, atau tak percaya 🙏🏻

Pesanan Untuk Isteri

Ingat satu perkara. Suami diam bukan selalu bermaksud dia tak peduli. Kadang-kadang dia cuma tak tahu bagaimana nak buka cerita. Bila kita tanya dengan nada ingin tahu, bukan menguji, dan bila kita dengar tanpa menghakimi, itu cukup untuk buat mereka mula bercerita sedikit demi sedikit.

Pesanan Untuk Suami

Isteri bukan nak gosip. Mereka nak rasa dekat.

Kadang-kadang satu cerita kecil pun boleh buat mereka rasa disayangi, sebab itu tanda kehadiran dan perhatian. Tak perlu pandai bercerita pun. Cukup kongsi sikit saja apa yang ada dalam kepala sepanjang hari.

Bukan untuk dinilai, tapi untuk difahami. Bila kita buka sedikit ruang, hubungan jadi lebih lembut, lebih jujur, dan lebih mudah untuk bernafas bersama ♥️


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.