PSRA mungkin ditangguh jika jerebu makin teruk - Amirudin

LocalEnvironment
15 Sep 2026 • 6:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PSRA mungkin ditangguh jika jerebu makin teruk - Amirudin
Amirudin ketika Program Bicara Perdana sempena Hari Malaysia 2026 di Dewan Al Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Selasa.

SHAH ALAM - Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan bermula Isnin depan mungkin ditangguhkan sekiranya keadaan jerebu di Selangor semakin memburuk.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu akan disemak berdasarkan situasi semasa termasuk laporan Jabatan Meteorologi Malaysia berkaitan keadaan cuaca dan persekitaran.

"Kita tengok kepada situasi, kalau keadaan makin mendesak, kita akan semak.

"Saya tidak boleh buat keputusan terus kerana akhirnya kita kena tengok laporan Meteorologi lagi untuk melihat keadaan cuaca dan keadaan persekitaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Bicara Perdana sempena Hari Malaysia 2026 di Dewan Al Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Selasa.

Menurut Amirudin, kerajaan negeri turut mempunyai parameter tertentu bagi menentukan tindakan susulan berhubung keadaan jerebu termasuk penutupan sekolah apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 200.

"Kalau sampai 200, kita minta sekolah tutup, malah jika sampai 300, kita akan mohon untuk darurat.

"Ini memang kriteria yang sudah ditetapkan apabila sampai 200, kita akan minta sekolah ditutup atau sekolah membuat keputusan untuk menghentikan aktiviti ataupun membawa anak-anak pulang," ujar beliau.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, keadaan jerebu ketika ini turut dipengaruhi asap dari Sumatera yang dibawa ke negara ini akibat pergerakan angin.

Katanya, berdasarkan laporan Meteorologi, keadaan jerebu dijangka berlarutan sehingga pertengahan Oktober dan ia bergantung kepada peralihan angin monsun.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus memantau keadaan berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan persekolahan dan peperiksaan.

"Aktiviti luar murid sekolah juga dihentikan atau dihadkan sekiranya keadaan jerebu semakin buruk bagi mengelakkan kesan terhadap kesihatan," tambah beliau.

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved