Empat acara Para Sukma ditangguh akibat jerebu

6 Sep 2026 • 4:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat acara Para Sukma ditangguh akibat jerebu

SHAH ALAM – Jerebu yang semakin memburuk mengakibatkan empat acara Para Sukan Malaysia (Sukma) Selangor terpaksa ditangguhkan hari ini selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di daerah ini dan Klang.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, IPU setakat pukul 12 tengah hari tadi mencecah 169.

Katanya, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Kesihatan (KKM) serta Jawatankuasa Khas Teknikal yang menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa.

“Ini memaksa pihak penganjur untuk menangguhkan acara olahraga di Stadium UiTM. Selain itu, renang di Kompleks Akuatik Selangor dan memanah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor (Kombes) dan Boling Padang di Bayuemas, Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukma dan Para Sukma Selangor memberitahu, pemakluman mengenai penangguhan dan acara dijalankan semula akan dibuat dari masa ke semasa bergantung kepada keadaan IPU di kawasan pertandingan sedang berlangsung.

Jelasnya, saingan Para Sukma Selangor bermula semalam dan hari ini antara melibatkan acara seperti olahraga, powerlifting, Memanah, badminton, boccia, ping pong, catur dan boling padang yang berlangsung sebelah pagi.

Untuk rekod, Para Sukma Selangor berlangsung bermula 5 hingga 14 September ini. – KOSMO! ONLINE

The post Empat acara Para Sukma ditangguh akibat jerebu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved