Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berusia 21 tahun yang sedang menjalani hukuman atas kesalahan memasuki negara ini secara haram didakwa atas tiga pertuduhan merogol seorang gadis tempatan bawah umur.
Bagaimanapun tiada pengakuan diambil daripada Mohd Khairul Nizam selepas beliau memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan bahawa terdapat peguam yang mewakili dirinya.
Pertuduhan dibacakan kepada Mohd Khairul pada Rabu.
Bagi pertuduhan pertama Mohd Khairul didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun itu jam 9 malam pada pertengahan September 2024 di dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran Pejabat Pos di Tuaran.
Pertuduhan kedua pula dia didakwa merogol gadis sama jam 1 tengah hari pada pertengahan November 2024 dalam sebuah rumah di sebuah kampung di Tuaran.
Bagi pertuduhan ketiga Mohd Khairul didakwa merogol gadis sama jam 8 malam pada awal Disember 2024 di tepi jalan juga di Tuaran.
Kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 4 September tahun ini untuk sebutan dan tiada jaminan ditawarkan kepada Mohd Khairul.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis memaklumkan kepada mahkamah bahawa Mohd Khairul akan dibebaskan dari penjara Jumaat ini dan beliau membantah untuk diikat jamin kerana dia adalah pendatang tanpa izin (PTI).
Sementara itu di mahkamah sama seorang wanita berusia 31 tahun mengaku bersalah melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM10,100.
Bagaimanapun fakta dan hukuman Nurizzah Fazira Hamzah ditangguhkan kepada 3 September tahun ini.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan melanggar amanah yang diberikan kepadanya sebagai kerani akaun syarikat pinjaman wang berlesen Good Focus Mortgage Sdn Bhd yang mengamanahkannya dengan wang itu tetapi telah menggunakannya untuk kegunaan sendiri.
Kesalahan itu didakwa berlaku antara 13 Jun hingga 16 Julai tahun ini di premis syarikat di Papar.
Nurizzah yang tidak diwakili peguam diperintah direman sementara menunggu tarikh tersebut.