
KINABATANGAN: Seorang pendatang tanpa izin berusia 44 tahun yang menggunakan MyKad milik orang lain selama 13 tahun dipenjara 12 bulan.
Majistret Mohammad Azeem Mohd Ridzo menjatuhkan hukuman itu terhadap Amir Abdullah, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikenakan ke atasnya pada Selasa.
Amir didapati menggunakan dokumen palsu ketika dia memohonnya.
Amir menggunakan sijil kelahiran lewat yang bukan miliknya ketika memohon dokumen di bawah nombor siri 800911-12-6399 dengan nama Abdul Kadir Nurdin jam 11.52 pagi, 5 Mei 2011.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 25 (1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Semasa mitigasi, Amir merayu hukuman ringan dengan mengatakan dia perlu menjaga empat anaknya.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Mohamad Faizal Tahir dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengemukakan bahawa menggunakan dokumen palsu adalah satu kesalahan serius dan tindakan sedemikian boleh memberi kesan kepada integriti undang-undang dan kepercayaan awam.
Mahkamah diberitahu pada 12 Jun 2019, pemilik sebenar sijil kelahiran (Abdul Kadir Nurdin) membuat aduan di kaunter Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Sabah berhubung daftar kelahirannya yang telah dikeluarkan kepada orang lain (tertuduh).
Keterangan saksi, yang merupakan adik beradik kepada pemilik sebenar, turut mengesahkan pemilik sebenar sijil kelahiran itu tidak pernah dikeluarkan kad pengenalan kerana kad pengenalan dikeluarkan kepada tertuduh. Cap ibu jari Amir pada aplikasi kad pengenalan juga mengesahkan MyKad telah dikeluarkan kepadanya.
Manakala laporan DNA yang dikeluarkan Jabatan Kimia Malaysia, Sabah telah mengesahkan hubungan antara pemilik sebenar sijil kelahiran (atas nama Abdul Kadir Nurdin) dengan saksi yang memberi keterangan adalah adik beradik.
Amir ditahan pada 23 Jun tahun ini kira-kira tengah hari di sebuah restoran makanan segera di Bandar Kim Fung, Batu 4, Sandakan. Selepas menjalani hukuman penjara, Amir diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

