
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 21 tahun dipenjara 12 tahun serta tiga kali sebatan rotan kerana merogol sepupunya yang bawah umur.
Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berkenaan yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikenakan ke atasnya, Selasa.
Lelaki itu merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan empat bulan itu pukul 4 pagi pada 18 Apr tahun ini di dalam bilik sebuah rumah di Papar.
Kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan. Semasa mitigasi, lelaki itu merayu hukuman ringan.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Al Hakim menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat atas alasan mangsa dalam kes itu adalah sepupu lelaki terbabit.
Tambahnya, lelaki itu sepatutnya menjadi orang yang dipercayai mangsa kerana mereka tinggal bersama sebagai keluarga tetapi dia merogol mangsa.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 18 April tahun ini dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman penjara.
Mahkamah diberitahu kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur apabila lelaki itu masuk ke dalam bilik dan merogolnya.
Mangsa cuba menjerit meminta tolong tetapi lelaki itu menutup mulutnya.
Lelaki itu ditahan selepas laporan polis dibuat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

