PTPTN Tawar Biasiswa Anak eKasih (BAeK) Untuk Pelajar IPTA 2026/2027

LocalPolitics
18 Jun 2026 • 8:53 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Biasiswa Anak eKasih (BAeK PTPTN) adalah pinjaman PTPTN yang diberikan dalam bentuk biasiswa kepada pelajar miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih. Ia terbuka kepada pelajar yang disenaraikan di bawah data eKasih dan mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA mulai 1 Januari 2026.

Sehingga 31 Mei 2026, seramai 402 orang pelajar di seluruh negara telah menerima manfaat BAeK PTPTN dengan jumlah peruntukan sebanyak RM8.79 juta.

Untuk bacaan lebih lanjut mengenai Biasiswa Anak eKasih, rujuk perkongsian di bawah.

biasiswa anak eKasih BAeK PTPTN

Apa itu Biasiswa Anak eKasih?

Biasiswa Anak eKasih (BAeK PTPTN) merupakan bantuan khas yang disasarkan kepada pelajar daripada keluarga berdaftar dalam sistem eKasih, iaitu pangkalan data kemiskinan nasional.

Melalui inisiatif ini, pinjaman PTPTN diberikan dalam bentuk biasiswa kepada pelajar miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan data eKasih yang mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA mulai 1 Januari 2026.

Selaras dengan pengumuman Belanjawan 2026 dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035, jumlah penerima inisiatif biasiswa/ pendidikan percuma PTPTN telah ditingkatkan kepada 10,000 orang pelajar daripada keluarga miskin.

Inisiatif ini bertujuan memastikan pelajar daripada golongan berpendapatan rendah tidak tercicir daripada melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atas kekangan kewangan.

Image from: PTPTN Tawar Biasiswa Anak eKasih (BAeK) Untuk Pelajar IPTA 2026/2027
Sumber infografik : Kementerian Pengajian Tinggi

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh memohon;
  3. Memulakan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA mulai 1 Januari 2026;
  4. Pelajar tersenarai dalam pangkalan data eKasih;
  5. Kursus yang diikuti di IPTA telah berdaftar dalam Sistem Permohonan PTPTN;
  6. Mempunyai akaun Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus yang masih aktif;
  7. Tiada akaun pinjaman PTPTN yang sedang diuruskan oleh Agensi Perunding Hutang (APH); dan
  8. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan tidak kurang daripada 1 semester.
biasiswa anak eKasih BAeK PTPTN 2
Sumber infografik : PTPTN

Cara Mohon Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN)

Pelajar perlu membuat permohonan PTPTN terlebih dahulu melalui aplikasi web myPTPTN. PTPTN akan diluluskan terlebih dahulu sebelum pelajar ditawarkan Biasiswa (Anak eKasih) sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

Sekiranya LAYAK:

  1. Pelajar akan dimaklumkan melalui e-mel dan mesej notifikasi di aplikasi myPTPTN.
  2. Pelajar akan menerima dokumen tawaran pinjaman PTPTN. Pelajar hendaklah melengkapkan dan menandatangani dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
  3. Seterusnya pelajar akan menerima Dokumen Tawaran Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Seterusnya, pelajar hendaklah mencetak dan melengkapkan dokumen tawaran Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) dan menyerahkannya di mana-mana kaunter cawangan PTPTN yang terdekat dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tawaran biasiswa.

Jumlah Biasiswa Anak eKasih (BAeK PTPTN)

Jumlah biasiswa yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

Peringkat PengajianJumlah Biasiswa
DiplomaRM4,750 setahun
Ijazah Sarjana Muda (Sastera)RM6,180 setahun
Ijazah Sarjana Muda (Sains)RM6,650 setahun
biasiswa anak eKasih BAeK PTPTN 1

NOTA: Pengeluaran biasiswa akan dibuat setiap semester berdasarkan pengesahan keputusan peperiksaan yang diterima daripada IPTA. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pelajar.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Pelajar digalakkan mendapatkan maklumat terkini serta garis panduan rasmi permohonan Biasiswa Anak eKasih melalui laman web rasmi :

Soalan Lazim Biasiswa Anak eKasih

Apakah Biasiswa Anak eKasih?

Ia merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi PTPTN yang diperkenalkan untuk membantu pelajar daripada keluarga berdaftar dalam sistem eKasih melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

Siapakah yang layak memohon Biasiswa Anak eKasih?

Biasiswa ini disasarkan kepada pelajar yang:

– Berasal daripada keluarga yang berdaftar dalam sistem eKasih.
– Memenuhi syarat kemasukan institusi pendidikan tinggi.
– Lulus saringan kelayakan yang ditetapkan oleh KPT dan PTPTN.

Berapakah jumlah penerima biasiswa ini?

Sebanyak 10,000 pelajar yang layak akan menerima manfaat Biasiswa Anak eKasih seperti yang diumumkan oleh KPT.
Biasiswa yang ditawarkan :
– Diploma : RM4750 setahun
– Ijazah Sarjana Muda (Sastera) : RM6,180 setahun
– Ijazah Sarjana Muda (Sains) : RM6,650 setahun
biasiswa anak eKasih BAeK PTPTN 1

Adakah pelajar dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan lain?

Ya. Pelajar dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan lain, walau bagaimanapun ia tertakluk kepada polisi agensi penaja yang berkaitan.

Bagaimana proses semakan kelayakan dibuat?

Permohonan akan:

– Disemak silang dengan data eKasih.
– Dipadankan dengan maklumat agensi penaja utama yang lain.

Langkah ini bagi memastikan bantuan diberikan kepada pelajar yang benar-benar layak.

Adakah dokumen permohonan akan disaring?

Ya. Proses saringan dokumen akan diperketatkan. Tindakan penamatan serta-merta boleh dibuat sekiranya didapati berlaku pelanggaran syarat penajaan atau pengemukaan dokumen palsu.

Apakah tujuan utama Biasiswa Anak eKasih?

Biasiswa ini bertujuan memastikan bantuan pendidikan sampai kepada kumpulan sasar tanpa berlaku pembaziran atau penyalahgunaan, selaras dengan komitmen Kerajaan untuk memperkukuh akses pendidikan tinggi kepada golongan memerlukan.

Di manakah maklumat lanjut boleh diperoleh?

Pelajar disarankan merujuk laman rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pengumuman dan garis panduan rasmi berkaitan permohonan Biasiswa Anak eKasih.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pelajar berminat tetapi nama pelajar tiada dalam data eKasih?

Pelajar hendaklah membuat pendaftaran eKasih di ICU JPM terlebih dahulu dan membuat rayuan kepada PTPTN setelah berdaftar dalam rekod eKasih. Tawaran pemberian biasiswa adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Saya memulakan pengajian sebelum Januari 2026. Adakah saya layak ditawarkan biasiswa ini?

Tidak layak. Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) hanya ditawarkan kepada pelajar yang memulakan pengajian pada Januari 2026.

Saya memulakan pengajian pada Januari 2026. Adakah saya layak ditawarkan biasiswa ini sekiranya saya memohon pinjaman PTPTN pada tahun hadapan (Januari 2027)?

Layak. Biasiswa ini akan ditawarkan mulai Januari 2027. Tawaran pemberian biasiswa adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan.