
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak kiralah golongan dewasa mahupun kanak-kanak, bila sesuatu yang diimpikan tidak tercapai pasti mengundang rasa kecewa dan sedih dalam hati.
Namun rasa itu akan terubat sedikit dengan kata-kata semangat dan positif khususnya dari orang sekeliling.
Wanita Zahir Ucapan Terima Kasih Buat Pekerja Zus, Penuhi Permintaan Beri Kata-Kata Semangat Buat Anak Istimewa
Terbaharu, seorang wanita yang dikenali sebagai Ain menzahirkan penghargaan buat pekerja Zus Coffee cawangan Pontian, Johor.
Semuanya gara-gara tindakan mereka yang memenuhi permintaan Ain untuk memberi kata-kata semangat buat anak istimewanya yang dikenali sebagai Feeraz meskipun sedang sibuk.
“Kepada dua staf (lelaki & perempuan) dekat Zus Pontian, saya nak ucapkan jutaan terima kasih sebab kembalikan mood dan senyuman anak saya pagi ni,” tulisnya di Threads.
Anak Kecewa Tak Terpilih Dalam Pemilihan Futsal, Simpan Harapan Sampai Beli Kasut Futsal Guna Duit Sendiri
Kongsi Ain, pada mulanya, Feeraz yang berusia 12 tahun itu kecewa dan sedih kerana tidak berjaya dalam pemilihan futsal bagi pelajar pendidikan khas.
Dek kerana berharap akan terpilih, Feeraz yang menghidap autisme dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) sanggup menggunakan wang simpanan semata-mata mahu membeli kasut futsal.
Menyedari kekecewaan yang dirasai oleh anak sulungnya itu, Ain telah membawa Feeraz ke cawangan Zus Coffee untuk memujuknya.
Malah, Ain turut meminta bantuan kepada staf berkenaan untuk menitipkan kata-kata semangat buat kanak-kanak itu.
“Masa dekat cashier, saya bagitahu staf-staf tu yang anak saya tengah sedih, boleh tak tulis sesuatu untuk bagi dia semangat balik. Diorang cakap boleh dan dalam keadaan Zus yang sangat busy, saya ingat diorang lupa rupanya diorang tak lupa,” tulis Ain.
Anak Terus Ceria Lepas Baca Kata-Kata Semangat, Siap Framekan Nota Letak Dalam Bilik
Jelas Ain, anak istimewanya terus tersenyum dan gembira sebaik membaca nota mengandungi kata-kata semangat yang diberikan oleh pekerja terbabit.
“Anak saya baca nota tu dan dia happy. Terus senyum. Awak mungkin rasa usaha awak kecil je tetapi untuk ibu kepada anak istimewa, usaha awak bagi impak yang sangat besar kepada kami. Terima kasih sekali lagi!” tulis Ain.

Kongsi Ain kepada BuzzKini, anaknya itu menyimpan malah meletakkan nota berkenaan pada bingkai dalam biliknya.

View on Threads
Warganet Turut Sama Puji Pekerja Zus Coffee
Perkongsian yang telah mendapat lebih 75,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pekerja Zus Coffee cawangan Pontian itu yang sempat memenuhi permintaan pelanggan dengan memberi semangat kepada anak istimewa meskipun sedang sibuk.
Malah, ada diantara mereka yang pernah berkunjung ke cawangan Zus Coffee terbabit turut memuji pekerja di cawangan berkenaan.
Pada masa yang sama, ada warganet yang turut memberi semangat dan kata-kata positif buat anak istimewa itu.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Plan A Tak Jadi, Kita Try Huruf Lain Pula, Kita Kan Ada 26 Huruf. Jangan Risau, Esok Masih Ada”

“Staf Lelaki Dekat Situ Baik Sangat”

“Cheer Up! Tahun Depan Cuba Lagi, Insya-Allah, Teruskan Usaha”

“It’s Okay Dik. Abang Dulu 2 Tahun Straight Datang Pemilihan Bola Sepak Wakil Sekolah Rendah, Setiap Kali Tu Tak Dapat”

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Puji Kolaborasi ZUS Coffee Dan MAPIM Hantar Bantuan Di Palestin
Baca Artikel Berkaitan: “Kesejahteraannya Keutamaan Kami” – Zus Sahkan Zurista Tidak Dipecat, Tapi Dapat Cuti Bergaji Untuk Pulih


