PU Azman Mengaku Bersalah, Dijatuhi Hukuman Penjara Tambahan 14 Bulan

LocalPolitics
6 Dec 2024 • 2:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

PU Azman, dijatuhi hukuman penjara tambahan selama 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Klang, Selangor, Jumaat lalu.

Keputusan itu dibuat selepas Azman, 43, mengaku bersalah atas kesalahan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki dua tahun lalu.

Hukuman tambahan ke atas PU Azman berkuat kuasa serta-merta

image is not available

Hukuman tersebut dijalankan sejurus keputusan dibuat oleh Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid. Azman tenang menerima keputusan mahkamah, dengan pengakuannya dianggap sebagai tanda insaf atas perbuatannya.

Untuk pengetahuan korang, Azman telah didakwa melakukan perkara tidak senonoh terhadap seorang remaja berusia 19 tahun pada 10 Jun lalu di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek, Klang.

Kesalahan ini tertakluk di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

PU Azman insaf & janji akan berubah

image is not available

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara di Kajang sejak 27 September lalu. Beliau memohon maaf kepada semua dan berjanji akan berubah jika diberi peluang.- Kata Peguam yang mewakili Azman, Fahmi Adilah.

Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi, menegaskan bahawa hukuman tegas wajar dikenakan ke atas Azman sebagai pengajaran kepada masyarakat, terutama kerana statusnya sebagai seorang pendakwah selebriti.

Sebagai seorang tokoh yang dikenali, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Kes ini perlu jadi peringatan buat semua, terutama individu berpengaruh.- Jelas Rasyidah.

Sebelum ini, pada 27 September, PU Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

image is not available

#OhmediaNasihat

Kes seperti ini menjadi pengajaran penting untuk semua, terutamanya mereka yang berpengaruh dalam masyarakat.

Sentiasa jaga tingkah laku dan amanah yang diberikan, kerana ia bukan hanya mencerminkan diri sendiri, tetapi juga membawa kesan kepada orang sekeliling. Jangan sia-siakan kepercayaan yang telah diberikan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar