PU Rahmat mohon maaf, akui gurauan ‘sama-sama banduan’ dengan PMX tak sesuai

LocalPolitics
8 Oct 2025 • 11:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 32, atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat, memohon maaf secara bergurau ketika berucap di pentas selepas menyebut “sama-sama banduan” merujuk persamaannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berseloroh ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini.

“Saya dengan Datuk Seri (Anwar Ibrahim. Banyak persamaan kami sama-sama banduan,”selorohnya.

PU Rahmat mohon maaf

Jelas beliau, gurauan itu dibuat dalam konteks ringan dan tidak berniat menyinggung sesiapa.

“Maaf jika jika gurauan “sama-sama banduan” tidak bagus kerana PMX (Anwar Ibrahim) juga bergurau dengan saya gurauan yang sama.
“Kadang kita kena belajar seperti PMX yang humoris. Apa pun, saya juga belajar tidak bergurau begitu,”katanya menerusi sebuah hantaran di Facebook, sebentar tadi.

image is not available

image is not available

Selain itu, PU Rahmat turut berkongsi pengalamannya ketika ditahan oleh tentera Israel, yang meluahkan kebencian apabila melihat pasport Malaysia.

“Perkataan cacian akan keluar jika mereka nampak pasport Malaysia. Bila mereka minta pasport, saya cuba sorok kerana tidak mahu menyulitkan keadaan.
“Tetapi apabila mereka melihat pasport Malaysia, saya dengar mereka mengeluarkan kata-kata kesat terhadap negara kita. Mereka marah terhadap pasport kita, bagi saya itu satu kemenangan,”ucapnya.

image is not available

Beliau berkongsi pengalaman itu bagi memberi kesedaran mengenai situasi rakyat Palestin dan cabaran yang melibatkan pasport Malaysia di peringkat antarabangsa.