PU Rahmat Mohon Maaf Lepas Gurauan “Sama-Sama Banduan” Dengan PMX Dikecam

LocalPolitics
8 Oct 2025 • 11:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia pu Rahmat

Aktivis kemanusiaan dan juga pendakwah, PU Rahmat menjadi bualan ramai selepas bergurau menyatakan beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘sama-sama banduan’.

Orang ramai meluahkan rasa kurang senang memandangkan gurauan itu dibuat secara terbuka seolah-olah memperlekehkan kedudukan Perdana Menteri yang perlu dihormati.

Difahamkan, gurauan itu dibuat ketika PU Rahmat berucap di malam Solidariti Sumud Flotilla yang berlangsung Axiata Arena sebentar tadi.

@cikindah911

PU Rahmat .. Ko ni main2 laa hahahaha.. Tak pe datuk sri.. Kita ade persamaan “dua2 pernah jadi banduan” #stand4sumud #gsf #himpunansolidariti

♬ original sound – Indah – Indah

PU Rahmat mohon maaf gurau dengan PMX

Menyedari perkara itu, Rahmat tampil memohon maaf menerusi satu hantaran di Facebook.

image is not available

PU Rahmat menjelaskan gurauan itu tidak bermaksud menghina atau memperlekehkan sesiapa, sebaliknya sekadar mengimbas kembali detik humor antara mereka berdua.

Dalam hantarannya, Rahmat turut mengakui bahawa beliau akan lebih berhati-hati pada masa hadapan dan mengambil pengajaran daripada teguran netizen.

Kadang kita kena belajar seperti PMX yang humoris. Apa pun saya juga belajar tidak bergurau begitu.

Rata-rata netizen memberikan reaksi berbeza terhadap kenyataan tersebut. Ada yang memahami maksud gurauan itu sebagai spontan dan tidak serius, manakala ada juga yang berpendapat ia tidak sesuai.

Pssttt! Kadang-kadang niat nak bergurau pun boleh disalah tafsir, apatah lagi bila melibatkan tokoh penting negara. Apa pun, sikap Rahmat yang cepat mengakui kesilapan dan memohon maaf wajar dipuji.

Kredit: Facebook PU Rahmat
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.