PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

20 Aug 2024 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi pandangannya mengenai perkongsian seseorang itu di laman sosial menerusi platform Thread miliknya.

Jadi perhatian

Menerusi perkongsian itu, suami kepada selebriti dan usahawan Neelofa ini berkata apa saja yang dikongsikan di laman sosial sentiasa akan menjadi perhatian orang.

 

“Bila kau post benda agama, orang kata ni nak tunjuk baik. Lepas itu bila kau post fasal kereta, orang kata menunjuk.

 

“Lagi bila kadang kau post kau tengah bercuti, orang kata kau tak sensitif dengan keadaan. Orang akan selalu cakap ja apa dia nak. Tapi yang penting apa?

 

 

“Yang penting kau post benda yang Tuhan izin pada diri kau. Yang cakap buruk dan selari dengan agama kau terima,” kongsi PU Riz.

 

Menerusi ruang komen, terdapat wargamaya yang beranggapan apa yang dikongsikan di laman sosial untuk kebahagian diri sendiri.

 

“Kita buat untuk diri kita… tak jadi kudis pun. Biar mereka cakap, yang penting kita bahagiakan diri kita. Positive vibe. Syukur. Alhamdullillah,” komennya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved