PU Riz dilantik Timbalan Pengerusi Biro Agama PKR

LocalPolitics
2 Mar 2026 • 11:37 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh menerusi satu kenyataan selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan pada Ahad.

Menurut Fuziah, pelantikan suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa, itu merupakan antara keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Fuziah turut memaklumkan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Ahmad Sani Araby, antara 14,225 anggota baharu yang menyertai PKR.

Selain PU Riz dan Ahmad Sani Araby, Pengurus Strategik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Hidayat Abdullah juga dilaporkan menyertai parti berkenaan.

Sementara itu, MPP turut memutuskan pelantikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man sebagai ahli ex officio MPP.

Fuziah berkata, semua pelantikan dan penyertaan baharu itu diharapkan dapat memperkukuh gerak kerja parti dalam mendepani cabaran semasa serta memperluas sokongan masyarakat terhadap perjuangan PKR. – MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved