PU Riz Imbau Saat Sebelum Kahwin Dengan Neelofa Undang Perhatian Ramai

LocalFamily & Parenting
15 Aug 2025 • 2:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Neelofa Oh Media

Pendakwah terkenal, PU Riz mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kisah manis sebelum bernikah dengan isterinya, Neelofa dalam sebuah acara berkaitan jodoh.

Menerusi satu video di Tiktok, PU Riz bercerita tentang momen dia menerima Neelofa sebagai isteri, sambil sempat bertanya soalan ‘paling jujur’ kepada selebriti dan usahawan terkenal itu.

You nak kahwin dengan saya ni untuk apa? Nak kata sebab rupa, adalah handsome sikit-sikit. Tapi ramai lagi pilihan lain.

Jawapan Neelofa buat hati PU Riz cair

@miss.naena

alhamdulillah moment marriagewithihsan neelofa neelofaharis dariakadkesyurga

♬ suara asli – Pangeran Cinta – PP BENDERA ONE PIECE

Tanpa ragu, Neelofa memberikan jawapan yang membuat ramai penonton tersentuh hati.

Saya yakin, Insya-Allah, awak boleh menjaga dan bawa saya ke syurga.

Jawapan itu bukan sahaja membuat PU Riz tersenyum, malah mencuri hati para peminat yang menganggap hubungan mereka penuh keberkatan.

Latar belakang perkahwinan

image is not available

Untuk rekod, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail telah bernikah dengan Neelofa pada 27 Mac 2021 di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang sering menjadi perhatian warganet.

Pssttt! Jodoh bukan sekadar mencari yang cantik atau kacak, tetapi yang mampu membimbing dan membawa kita ke jalan yang diredai-Nya.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.