“‘Title’ Awak Atas Anak Saya, Tak Bermakna Kamu Ada Hak Mutlak” – Posting Fazura Undang Perhatian Ramai

EntertainmentFamily & Parenting
12 Aug 2025 • 8:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian terbaru Nur Fazura di Instagram semalam ternyata telah mengundang perhatian ramai terutamanya peminat aktres itu.

Ia berikutan situasi hangat melibatkan anak Fazura, Fatima Aisya yang sebelum ini mencuri perhatian ramai gara-gara dakwaan dikatakan tidak comel oleh ibu mentua.

Susulan itu, pelbagai kritikan dan juga komen daripada netizen mula muncul sehinggakan Fatima dijadikan mangsa buli sesetengah netizen di media sosial.

Terbaru, Fazura seolah-olah memberi amaran kepada ‘seseorang’ di Instagram untuk tidak lebih sudu dari kuah dalam situasi yang dihadapinya.

Dalam hantaran Instagram Story itu, Fazura menulis

image is not available

Your title to my child, does not make you entitled to my child.

Tidak menjelaskan lanjut mengenai ayat itu, pasti ramai sudah dapat meneka situasi yang dihadapi Nur Fazura pada ketika ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-12 08:37:56

[VIDEO] ‘Fatima Okay Saja Dengan Nenda, Tengah Bincang Nak Pergi Disneyland’ – Fattah Amin