PU Syed Puji Suara Aliff Syukri Sedap, Tetapi Minta Jangan Tergedik-Gedik Dan Hormati Bulan Ramadan

31 Mar 2023 • 3:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
PU Syed dan Aliff Syukri - Gambar Instagram PU Syed, Aliff Syukri

Pendakwah selebriti, PU Syed telah membuat teguran secara terbuka kepada Datuk Seri Aliff Syukri berikutan klip video lagu terbarunya yang mencetuskan kontroversi.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di platform media sosial milik PU Syed, dia menyeru agar usahawan sensasi itu  untuk menghormati bulan yang mulia. 

image is not available
Tangkapan layar video Aliff Syukri

“Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh pengabdian kita kepada Allah SWT. Justeru itu, saya rasa dengan klip video lagu Datuk Seri yang tergedik-gedik bersama penari latar di belakang sangat tidak sesuai. 

“Kita nak sambut hari raya nanti, kita nak sambut tentang kemenangan kita melawan hawa “nafsu. Bukan sebab kita ikut hawa nafsu. 

“Saya tahu suara Datuk Seri sedap, walaupun ada yang kata tak sedap. Tapi saya rasa sedap lah, ada bakat. Dah ada keyakinan penuh pada diri Datuk Seri. Tapi dengan gaya penyampaian tersebut, gaya nyanyian dan tarian sangat tidak sesuai. Ubahlah! Tak payah menari pun tak apa. Menyanyi saja sudah cukup,” katanya. 

Teguran secara terbuka itu dibuat berikutan Aliff Syukri seakan tidak mengambil iktibar atas kejadian yang menimpa dirinya pada Ramadan tahun lalu apabila telah disiasat oleh SKMM kerana memuat naik klip video lagu raya yang menimbulkan kontroversi

Terdahulu, Aliff telah sekali lagi mencetuskan kontroversi yang sama seperti Ramadan tahun lalu apabila dia berkongsi sedutan klip video lagu raya terbarunya yang berjudul ‘Cak Cun Cak Raya’. 

Dalam video berkenaan Aliff telah memakai pakaian ketat ala ‘bodysuit’ yang dipadankan dengan songkok dan sampin. Video itu turut menampilkan beberapa orang penari yang beraksi lincah.

Adakah kita akan melihat sekali lagi permohonan maaf daripada Aliff Syukri pada tahun ini? Sama-sama kita nantikan. – Getaran, 31 Mac 2023