PU Syed Tegur Tindakan Jefri Nichol Peluk Peminat – “Buat Dosa Tapi Tidak Rasa Apa-Apa, Jaga Tatasusila”

EntertainmentOpinion
24 Feb 2025 • 10:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pendakwah bebas dikenali ramai iaitu PU Syed tampil menegur seorang pelakon Indonesia sensasi, Jefri Nichol susulan memeluk peminatnya tanpa batas.

‘Sakit mata’ lihat Jefri Nichol tak jaga batas

PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Syed Ishak berasa kurang senang apabila melihat video Jefri Nichol mesra memeluk serta mengusap perut peminat wanita bertudung.

Normalisasikan dosa adalah apabila kita buat dosa tetapi tidak rasa apa-apa. Peminat pula lebih-lebih, siap peluk artis kesayangan.

Beri nasihat, jaga tatasusila sebagai orang Islam

Dalam pada masa yang sama, pendakwa itu turut menegur batas pengaulan seorang Muslim yang perlu dituruti.

Nasihat kepada Jefri Nichol, awak kena jaga tatasusila, kita ini orang Islam. Kena berhati-hati.

Susulan itu, dia menggesa agar pihak berwajib menulis garis panduan untuk para umat Islam, biarpun sudah ada Al-Quran dan Sunnah kerana percaya ramai yang tidak merujuknya.

Peringatan juga harus diberikan secara tegas kepada para artis supaya menjaga tingkah laku mereka kerana mereka diminati ramai.

image is not available 1 week ago

Netizen 'Panas' Jefri Nichol Muat Naik Video Cium Ameera Khan - "Tayang Maksiat Macam Tu Je, Tak Malu.."