Puad dakwa kenyataan Annuar Musa angkuh soal peranan PN

Politics
3 Aug 2026 • 2:37 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Dr Puad Zarkashi mengulas kenyataan Tan Sri Annuar Musa mengenai peranan PN dalam pembentukan kerajaan negeri dan masa depan kerjasama BN-PH.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan kenyataan bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa berhubung peranan Perikatan Nasional (PN) dalam membantu Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menerusi hantaran di Facebook, Puad menyifatkan kenyataan Annuar yang menegaskan tujuh kerusi PN membolehkan PN-BN menubuhkan kerajaan bersama selain mencapai majoriti dua pertiga sebagai seolah-olah mempunyai nada angkuh.

“Bunyi macam angkuh. PN ada dua jasa besar. Pertama, tolong BN tubuh kerajaan. Kedua, bantu BN dapat majoriti dua pertiga,” katanya.

Puad berkata, kerajaan negeri sebenarnya boleh dibentuk menerusi kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH) berdasarkan jumlah kerusi yang diperoleh kedua-dua gabungan itu.

Menurutnya, gabungan BN yang memenangi 18 kerusi dan PH dengan 11 kerusi juga mampu membentuk kerajaan negeri.

“Sebenarnya boleh sahaja ditubuhkan kerajaan BN-PH (18+11). Tetapi kali ini Zahid lebih percaya kepada PN,” katanya.

Baca juga:

Beliau turut mendakwa keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memilih kerjasama bersama PN menunjukkan formula berkenaan mahu diteruskan ke negeri lain termasuk Melaka.

Puad dalam masa sama berpandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya menamatkan lebih awal memorandum persefahaman (MOU) antara BN dan PH dalam kerajaan perpaduan sekiranya hubungan kedua-dua parti itu sudah tidak lagi berasaskan kepercayaan.

“Maka PMX sewajarnya menamatkan lebih awal MOU BN-PH dalam kerajaan perpaduan. Sudah tidak wujud kepercayaan antara BN-PH. Maka kenapa perlu diteruskan?” katanya.

The post Puad dakwa kenyataan Annuar Musa angkuh soal peranan PN appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved