Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

LocalPolitics
28 Jun 2026 • 11:53 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

KUALA LUMPUR - Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, memiliki pemahaman yang cetek mengenai konsep parti keluarga susulan kenyataan dibuatnya sebelum itu. 

Katanya, Dr Akmal merupakan antara individu yang paling lantang menggunakan naratif parti keluarga, khususnya ketika timbul pertikaian dalaman berkaitan pemilihan calon menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurutnya, istilah parti keluarga bukan hanya merujuk kepada hubungan kekeluargaan semata-mata, sebaliknya turut melibatkan amalan memilih calon daripada kalangan kroni, kelompok tertentu, penyokong dan individu yang gemar mengampu.

“Keadaan menjadi lebih buruk apabila aspek kualiti, tahap pendidikan dan integriti calon tidak lagi dijadikan pertimbangan utama, sebaliknya hubungan rapat dengan pihak tertentu menjadi faktor yang memudahkan seseorang dipilih sebagai calon,” katanya. 

Mempersoalkan sehingga bila amalan sedemikian akan terus dibenarkan berlaku dalam parti, beliau menegaskan, perkara itu tidak melibatkan amalan nepotisme kerana individu dimaksudkan merupakan bekas pemimpin pelajar yang pernah dibimbing dan diberi tunjuk ajar olehnya.

Puad turut mengkritik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dengan mendakwa, bekas Ketua Pemuda UMNO itu hanya memaparkan sebahagian daripada mesej yang disampaikannya kepada umum.

Dakwanya, pentadbiran UMNO sejak diterajui Asyraf sebagai Setiausaha Agung menjadi lebih eksklusif serta bersifat elit, selain mendakwa hanya kelompok tertentu mempunyai akses mudah kepada kemudahan di ibu pejabat parti.

Terdahulu, Dr Akmal Saleh menafikan dakwaan bahawa UMNO mengamalkan politik berasaskan keluarga atau memberi keutamaan kepada ahli keluarga dalam pemilihan calon pilihan raya.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa UMNO Johor mengetepikan golongan muda, sebaliknya menegaskan beberapa calon muda telah diketengahkan pada PRN Johor kali ini. - Getaran, 28 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved