Puasa tapi berat makin naik. Ini sebabnya! No.3 paling merisaukan #RAYA2023

31 Mar 2023 • 9:08 AM MYT
Lady A.
Lady A.

Engineer-turned-writer, with a heart full of stories.

image is not available
Image by 8photo on Freepik

Dah masuk bulan Ramadan, mesti ramai yang berharap untuk turunkan berat badan. Tahun lepas tak tercapai, harap-harap tahun ni berjaya. Tapi akhirnya, seperti tahun-tahun sebelum ini, perkara sama yang terjadi - berat badan makin bertambah!!

Puasa cukup 30 hari, dari sahur sampai berbuka, sepatutnya boleh la kurus sikit badan tapi kenapa makin naik ni? Perkara ni bukan berlaku kepada anda seorang saja ya. Ini 3 sebab utama kenapa ramai naik berat badan walaupun berpuasa seharian.

1. Kurang aktiviti fizikal

Ketika berpuasa, sememangnya badan akan merasa lebih letih dari kebiasaan, yang membuatkan kita rasa malas and tak berminat untuk melakukan apa-apa aktiviti fizikal. Itu belum kira rasa mengantuk saja seharian dan kalau boleh, memang kita nak bermalas-malasan saja atas katil.

Image from: Puasa tapi berat makin naik. Ini sebabnya! No.3 paling merisaukan #RAYA2023
Photo credit: askideas

Disebabkan ketiadaan aktiviti fizikal ini lah badan kita susah menukar kalori menjadi tenaga. Kalori yang kita consume dari makanan semasa berbuka dan sahur tidak digunakan sebagai tenaga, akan menjadi kalori berlebihan dalam badan yang seterusnya mengakibatkan kenaikan berat badan. 

Kalau bekerja dalam office tu, memang dari pagi clock in duduk kat meja, tak bergerak la ke mana-mana sampai time nak balik kerja. Ye la, bulan puasa tak keluar lunch, pergi ke tandas pun kurang. Jadinya, semasa puasa ini, anda juga perlu melakukan aktiviti fizikal yang biasa anda lakukan ya. Kuat kan diri untuk bangun dan jalan-jalan sikit keliling office tu.

2. Lepas sahur terus tidur

Ramai yang bangun sahur dalam keadaan tersangat mengantuk, mana tak nya, pukul 430 - 5 pagi memang masih waktu sedap tidur lena diulit mimpi. So, tak terkejut la kalau ramai yang sejurus saja habis makan sahur, cepat-cepat basuh tangan, terus masuk bilik tarik selimut balik.

Perkara ini nampak seperti perkara biasa dan tak berbahaya, tapi sebenarnya banyak kesan negatif terhadap kesihatan kita kalau kita kerap melakukan seperti ini. Saluran penghadaman dalam badan kita perlukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk mengisar makanan dalam perut. Bila belum cukup 2 jam tapi kita dah pergi tidur, menyebabkan gangguan penghadaman dan penyerapan nutrisi dalam badan. Akhir sekali, makanan yang kita makan terkumpul menjadi lemak.

3. Makan tak ingat dunia

Bila kita dengar je Allahuakbar allahuakbar, memang terus capai air oren yang dah diisi dalam gelas atas meja, terus *glug glug glug masuk tekak. Fuhh, hilang haus. Pastu capai kuih-muih 2-3 keping masuk mulut. Yes lega, dapat makan. Lepas tu ambik pinggan, kaut nasi, ambik ayam masak lemak cili api seketul, bergedil goreng 2 biji, sayur sikit, ok makan licin. Gelojoh sikit je, ye la kan lapar puasa seharian. Rasa berselera dan perut pun belum rasa kenyang, ok nak kaut nasi lagi nak tambah. Siapa yang macam ni?

Image from: Puasa tapi berat makin naik. Ini sebabnya! No.3 paling merisaukan #RAYA2023
Image credit: Twitter @donmanini

Begitulah kejadiannya. Inilah sebab utama kenaikan berat badan walaupun komited berpuasa setiap hari selama 30hari. Tanpa kita sedar, kita telah mengambil jumlah kalori dan gula yang melebihi di bulan puasa ini dari kadar biasa yang kita ambil di bulan lain. Dan selalunya pula, makanan yang mengandungi karbohidrat serta gula dan garam yang tinggi lah yang menjadi pilihan pertama kita ketika berbuka puasa.

Oleh itu, kawan-kawan semua, bersederhana lah kita ketika berbuka puasa ya. Mulakan buka puasa kita dengan makanan rendah kalori seperti buah-buahan, salad atau sup, cukup nutrisi untuk membuatkan kita kenyang.

Bak kata orang, kita adalah apa yang kita makan (we are what we eat). Semoga matlamat anda untuk turunkan berat badan dibulan puasa yang mulia ini berjaya!


Image from: Puasa tapi berat makin naik. Ini sebabnya! No.3 paling merisaukan #RAYA2023
Hantar artikel/video berkaitan #RAYA2023 dan menangi hadiah wang tunai sebanyak RM8,000! Ketahui lebih lanjut di sini.


Lady A. adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.