PublicInvest: Cloudpoint berdepan kelewatan keputusan pelanggan, dikhuatiri jejaskan prospek FY26

LocalBusiness & Finance
19 Jun 2026 • 10:50 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PublicInvest: Cloudpoint berdepan kelewatan keputusan pelanggan, dikhuatiri jejaskan prospek FY26 Image from: PublicInvest: Cloudpoint berdepan kelewatan keputusan pelanggan, dikhuatiri jejaskan prospek FY26 amree19/06/2026 - 10:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 19 JunCloudpoint Technology Berhad dijangka berdepan dengan situasi kedudukan lebih mencabar pada FY26 berikutan kelewatan keputusan pelanggan sektor perkhidmatan kewangan.

 

Menurut analisis Public Investment Bank, masa pelaksanaan projek yang panjang serta perbelanjaan perusahaan lebih perlahan turut dikhuatiri memberi tekanan kepada keuntungan syarikat tersebut.

 

Ujarnya, kadar penggunaan kapasiti yang juga rendah dijangka menyebabkan margin keuntungan bersih kumpulan itu menyusut kepada 9% hingga 10% pada FY26 berbanding 12% yang dicatatkan pada FY25.

 

"Kami namun melihat prospek jangka sederhana Cloudpoint disokong peluang pertumbuhan dalam segmen keselamatan siber berikutan semakan rangka kerja pengurusan risiko teknologi (RMiT)," katanya.

 

Langkah terbaharu dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) itu jelas PublicInvest, bakal menetapkan keperluan pematuhan yang lebih ketat ke atas industri kewangan menjelang September 2027 kelak.

 

Kumpulan itu kini memburu beberapa kontrak utama termasuk rumusan antipengubahan wang haram bagi sebuah bank terkemuka tempatan, dan projek pusat operasi rangkaian sebuah institusi perbankan.

Cloudpoint_DagangNews2026

 

Selain kontrak naik taraf teknologi bagi pelanggan sedia ada dalam sektor kewangan, Cloudpoint berpotensi meraih beberapa projek keselamatan siber berskala besar dalam tempoh dua suku berikut.

 

"Kejayaan pemerolehan CX One Sdn Bhd, sebuah syarikat pakar pusat panggilan, juga dijangka mula menyumbang kepada pendapatan kumpulan tersebut bermula pada bulan ini," tambah PublicInvest.

 

Dalam perkembangan lain, anak syarikatnya, Unique Central (UC), kekal komited mencapai jaminan keuntungan sebanyak RM5.2 juta walaupun mencatat kerugian RM500,000 pada suku pertama FY26.

 

Subsidiari Cloudpoint itu melaksanakan beberapa projek berskala besar termasuk pemasangan kabel berstruktur, serta kerja mekanikal, kejuruteraan dan perpaipan (MEP) dengan nilai lebih RM20 juta.

 

Pada masa sama ujar PublicInvest, peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran yang berprestasi tinggi dijangka mempercepatkan permintaan terhadap rumusan penyejukan cecair.

 


Buku Tempahan Sudah Bernilai RN100 Juta

"Keadaan ini sekali gus berpotensi meletakkan UC dalam kedudukan yang lebih baik untuk dapat memanfaatkan pertumbuhan ekosistem infrastruktur AI, sejajar pencapaian pada FY25," jelasnya.

 

Setakat Mac 2026 tambah firma penyelidikan berkenaan, Cloudpoint memiliki buku tempahan bernilai RM100 juta dengan kira-kira 75% daripadanya dijangka mampu direalisasikan dalam tahun semasa.

 

Segmen perkhidmatan IT menyumbang 40% daripada buku tempahan tersebut, diikuti pusat data (DC) dan rangkaian (30%), keselamatan siber (20%) serta aplikasi digital dan perkhidmatan awan (10%).

 

Kumpulan itu juga sedang menyertai tender bernilai RM160 juta, manakala UC menyumbang kira-kira 25% daripada jumlah buku pesanan semasa dan satu pertiga daripada nilai tender yang sedang dibida.

 

Justeru, PublicInvest mengekalkan saranan 'neutral' dan harga sasaran (TP) tidak berubah pada 50 sen sesaham berdasarkan gandaan 16 kali unjuran pendapatan sesaham (EPS) FY27. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved