PublicInvest turunkan ramalan pendapatan FY24 CCK Consolidated sebanyak 7% kesan pemansuhan subsidi daging ayam

Business & Finance
4 Jun 2024 • 5:02 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PublicInvest turunkan ramalan pendapatan FY24 CCK Consolidated sebanyak 7% kesan pemansuhan subsidi daging ayam

azan

04/06/2024 - 17:02

KUALA LUMPUR 4 Jun - Public Investment Bank (PublicInvest) menurunkan ramalan pendapatan FY24 CCK Consolidated Holdings Bhd sebanyak 7% kesan pemansuhan susbsidi daging ayam pada November 2023.

Katanya, pendapatan segmen haiwan ternakan dijangka normal selepas pemasuhan subsidi daripada kerajaan.

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu yakin bahawa operasi kumpulan itu kekal berdaya tahan walaupun berdepan persekitaran runcit mencabar.

"Walaupun kami percaya operasi CCK akan kekal berdaya tahan kerana segmen runcitnya melibatkan barangan keperluan, kami meramalkan pertumbuhan pendapatan yang lebih perlahan pada masa hadapan, memandangkan kekangan kapasiti daripada operasinya di Indonesia kerana ia kini beroperasi pada kapasiti penuh," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

PublicInvest berkata, untung bersih teras 1QFY24 kumpulan meningkat 45.1% kepada RM21.2 juta, sebahagian besarnya didorong oleh sumbangan yang lebih besar daripada segmen haiwan ternakan kesan kos input makanan yang lebih rendah dan jualan lebih tinggi alam segmen runcitnya.

Katanya, keuntungan segmen runcit sebanyak RM19.5 juta terus didorong oleh peningkatan jumlah jualan daripada saluran runcit dan borongnya, dan campuran produk yang lebih baik.

"Prestasi yang lebih kukuh daripada segmen runcit CCK disebabkan terutamanya jumlah jualan yang lebih tinggi dan permintaan kukuh daripada produk dalamannya.

"Selain itu, peningkatan permintaan daripada pelanggan institusinya menyumbang ke arah prestasi yang lebih baik daripada segmen haiwan ternakan," katanya.

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'underperform' dengan harga sasaran (TP) RM1.20 sesaham.- DagangNews.com