PublicInvest unjur hasil sesaham Mi Technovation mampu meningkat 22% dari FY26 hingga FY28

LocalBusiness & Finance
21 Jul 2026 • 10:20 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PublicInvest unjur hasil sesaham Mi Technovation mampu meningkat 22% dari FY26 hingga FY28 Image from: PublicInvest unjur hasil sesaham Mi Technovation mampu meningkat 22% dari FY26 hingga FY28 amree21/07/2026 - 10:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 21 JulaiPublic Investment Bank (PublicInvest) menaikkan unjuran pendapatan sesaham (EPS) Mi Technovation Berhad bagi tempoh tahun kewangan 2026 hingga 2028 sebanyak 21% hingga 22%.

 

Penilaian positif itu selepas kumpulan ini mencatatkan prestasi separuh pertama tahun kewangan 2026 yang jauh mengatasi jangkaan, dan susulan perkembangan tersebut, ia mengekalkan saranan 'outperform'.

 

Firma berkenaan turut menetapkan harga sasaran (TP) lebih tinggi iaitu RM6.79 berbanding RM5.50 sebelum ini, didorong momentum kukuh perniagaan bahan dan peralatan semikonduktor diusahakannya. 

 

"Keuntungan Mi Technovation bagi 1HFY26 naik 81.5% kepada RM85.3 juta, atau 70% daripada unjuran kami, sekali gus mencerminkan prestasi yang jauh lebih kukuh daripada jangkaan awal," kata PublicInvest.

 

Jelasnya, segmen unit perniagaan bahan semikondduktor (SMBU) muncul penyumbang terbesar apabila keuntungan meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM75 juta dalam tempoh enam bulan pertama.

 

Unit perniagaan peralatan semikonduktor (SEBU) ujarnya, terus stabil hasil permintaan tinggi khususnya daripada sektor mobiliti, peranti boleh pakai, pengkomputeran berprestasi tinggi, memori, dan automotif.

 

Mi Technovation_DagangNews2026

 

Menurut PublicInvest, peningkatan purata harga jualan (ASP) 40% bagi bebola pateri berpaten menjana 60% daripada jumlah jualan produk, serta membantu mengukuhkan margin keuntungan Mi Technovation.

 

"Dua perniagaan baharu masing-masing unit teknologi semikonduktor di Taiwan dan unit teknologi kenderaan di China namun masih mencatat kerugian kerana berada dalam fasa pembangunan," katanya. 

 

Dari sudut prospek, pengurusan memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) lebih tinggi mencecah RM55 juta pada FY26 berbanding RM27 juta bagi FY25 untuk mempercepat pelbagai kerja pembangunan baharu.

 

Justeru, setelah diambil kira prospek pertumbuhan yang semakin kukuh serta margin lebih tinggi dalam perniagaan bebola pateri, PublicInvest percaya Mi Technovation sudah berada pada landasan positif.

 

"Kumpulan berupaya meneruskan pertumbuhan hasil dalam tempoh tiga tahun akan datang, walaupun tiada dividen yang diumumkan bagi suku sebelum ini," kata firma penyelidikan tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved