“Pucat, Sejuk, Tidak Lagi Bernadi” – Anggota APM Kongsi Detik Sedih Cari Mangsa Tanah Runtuh

18 Dec 2022 • 2:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mohd Firdaus Abd Samad telah berkongsi detik cemas ketika menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali.

Firdaus memaklumkan bahawa setibanya pihaknya ke lokasi, situasi menjadi hiruk-pikuk dan kedengaran lolongan mangsa meminta bantuan dari segenap arah.

Kisah pilu

image is not available

Salah satu pengalaman yang diceritakan oleh Firdaus, seorang lelaki meminta bantuannya untuk mencari isteri dan anaknya berada di dalam kereta yang telah ditimbusi oleh tanah.

Pencarian isteri dan anak kepada lelaki itu berjaya ditemui. Namun, hampa apabila anak kepada pasangan tersebut sudah tiada.

Dalam keadaan lemah, wanita itu meminta kami menyelamatkan anaknya terlebih dahulu. Ketika sudah berjaya mencapai si anak, saya segera memeluknya. Bagaimanapun, ketika itu, terdetik dalam fikiran saya bahawa kanak-kanak malang itu sebenarnya sudah meninggal dunia. Jelas dia pucat, sejuk dan tidak lagi bernadi. – Firdaus

Setakat ini , sebanyak 24 mangsa telah terkorban dan semblan lagi masih hilang daripada jumlah keseluruhan 94 mangsa terlibat.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media