'Tiada K9 yang cedera' - Norazam

18 Dec 2022 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Unit Anjing Pengesan (K9) antara elemen yang ditugaskan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali.

BATANG KALI - Tiada Unit Anjing Pengesan (K9) yang cedera sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting di sini.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, semua K9 daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dibawa untuk Ops SAR ini.

"Untuk pengesahan, semakan mendapati tiada K9 yang cedera.

"Jadi kita akan bawa K9 semua dari agensi bomba iaitu enam ekor, polis (2) dan tentera (1)," katanya pada Ahad.

Menurut beliau, jumlah yang ada di lokasi pada Ahad ialah sebanyak sembilan ekor.

"Kesemua anjing K9 ini mempunyai kepakaran dalam mengesan mayat yang tertimbus di dalam tanah, di bawah batuan atau air," katanya.

Dalam kejadian pada awal pagi Jumaat, runtuhan tanah dianggarkan membabitkan sebanyak 450,000 meter padu tanah.

Seramai 94 mangsa terlibat dan daripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat manakala 24 lagi disahkan terkorban dan sembilan masih dicari.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved