Puji Keindahan Budaya & Alam, Nas Daily Kongsi Video Melawat Malaysia

Entertainment
25 Oct 2022 • 3:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini kecoh apabila ada netizen yang berkongsikan video bahawa mereka melihat keberadaan content creator warganegara Israel iaitu Nas Daily di Melaka sedangkan ramai sudah sedia maklum bahawa Nas Daily tidak boleh memasuki Malaysia kerana memiliki pasport Israel.

Nas Daily kemudiannya berkongsi di akaun TikToknya bahawa dia kini telah memiliki pasport kedua dari negara Caribbean untuk memasuki negara ini.

image is not available

Dia juga ada berkongsi video dirinya melawat Malaysia semalam di platform TikTok miliknya.

@nasdaily

I Bought A Whole New Citizenship Just To Show You This Country #nasdaily #travel #people #fyp #unique

♬ original sound – Nas Daily

Dalam video yang berdurasi selama empat minit dan 46 saat itu, dapat dilihat bahawa dia memasuki Malaysia melalui sempadan Singapura-Malaysia.

Difahamkan juga, dia telah ke Jonker Street, Melaka ketika kunjungan pertamanya ke Malaysia.

image is not available

Dalam video tersebut juga, dapat dilihat bahawa dia memuji Malaysia tentang kehijauan alam sekitar di negara kita.

Selain itu, dia juga mengatakan harga barangan di Malaysia yang jauh lebih murah dari Singapura.

image is not available

Dia juga berkongsi dalam video terbabit bahawa makanan Malaysia juga enak dan dirinya turut kagum dengan budaya yang ada di sini.

Untuk pengetahuan semua, Nas Daily telah menghabiskan wang sebanyak $150,000 (kira-kira RM710,700) untuk membeli pasport baru dari negara Caribbean, Saint Kitts and Nevis.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.