Pujuk hati isteri, Kamal Adli hadiahkan telekung buat Uqasha Senrose

LocalFamily & Parenting
28 Oct 2025 • 5:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Kamal Adli memberitahu ada memberi telekung buat isterinya, Uqasha Senrose sebagai usaha memujuk bagi menyelamatkan rumah tangganya yang sedang bergolak.

Memetik laporan Kosmo, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, menjelaskan pemberian itu sekadar usaha kecil yang mampu dilakukan sebelum menerima surat amaran daripada pihak isteri agar tidak menggangu.

Hadiahkan telekung

image is not available

Foto: Kosmo

“Saya ada bagi telekung kepada dia.

“Saya dapat surat yang mengatakan jangan ganggu anak guam dia (Uqasha).

“Jadi saya hormat untuk ‘cooling period’ (tempoh bertenang) itu. Kalau saya, memang saya nak (pujuk),” kata Kamal, hari ini.

Menurut peguam yang mewakili Kamal, Hadi Saleh berkata, pihaknya telah menghantar surat rasmi untuk memohon pertemuan secara peribadi antara Kamal dan Uqasha.

“Kita ada usaha. Kita dah hantar surat untuk ajak jumpa secara peribadi,” jelasnya.

image is not available

Foto: New Straits Times

Untuk rekod, prosiding perceraian antara pasangan selebriti itu ditangguhkan kepada 19 November depan selepas peguam yang mewakili Uqasha sebelum ini menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

Sumber: Kosmo (Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi)