Pukul 3 pagi pun boleh nikah

3 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pukul 3 pagi pun boleh nikah

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Indonesia mengundang perhatian ramai pengguna media sosial kerana melangsungkan perkahwinan pada pukul 3 pagi (waktu tempatan), lapor laman berita Lambe Turah. 

Selain disiarkan secara langsung (live) di platform TikTok kelmarin, proses ijab kabul itu ditonton lebih 14,000 penonton. 

Rakaman video dimuat naik oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pengantin lelaki melafazkan akad nikah sambil disaksikan oleh kedua-dua belah keluarga.  

Lebih menarik, mereka hanya memakai pakaian biasa seperti baju tidur, kain pelikat, jersi dan baju ‘kelawar’. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 171,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Boleh tiru,” kata seorang netizen.

“Seronok! Tak perlu keluar modal banyak,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

The post Pukul 3 pagi pun boleh nikah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved