Pukul Anjing Guna Rod Besi, Lelaki Di Sabah Ditahan

6 Nov 2024 • 1:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki Ditahan Atas Dakwaan Dera Anjing Di Keningau

Pukul Anjing Guna Rod Besi, Lelaki Di Sabah Ditahan. Seorang lelaki di Keningau telah ditahan polis dan akan direman pagi ini (Rabu) selepas didakwa memukul seekor anjing hingga dipercayai mati dalam satu video yang tular.

Pihak polis memaklumkan bahawa mereka telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan bagi kesalahan kezaliman terhadap haiwan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyalahgunaan media sosial.

image is not available
Pukul Anjing Guna Rod Besi, Lelaki Di Sabah Ditahan

Video tular tersebut menunjukkan seorang lelaki memukul seekor anjing hitam menggunakan rod besi sebelum menyeretnya dan meninggalkan anjing itu bergelut kesakitan di atas timbunan logam di sebuah bengkel kereta.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kes penderaan haiwan berlaku di Malaysia: