Pulang Awal? ZRA Serah Ruang Pada Aktivis Muda -“Mereka Patut Diberi Peluang..”

10 Oct 2025 • 12:00 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA, tampil menjelaskan keputusannya untuk tidak menghadiri sambutan kepulangan delegasi Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Dalam temubual eksklusif bersama dua pengacara Melodi, Ain Edruce dan Fikry Ibrahim sebentar tadi, ZRA berkata beliau keletihan selepas 37 hari menjalani misi kemanusiaan berkenaan.

“Saya letih sebab dah 37 hari,” katanya.

image is not available

ZRA Serah Ruang Pada Aktivis Muda

Beliau berkata, faktor keluarga menjadi sebab utama dengan merasakan ia bukanlah masa yang sesuai untuk tampil di khalayak ramai.

“Kemudian saya rindukan isteri saya. Sebab saya selalu travel, tak pernah panjang pun.
“Yang kedua, anak perempuan, saya tinggalkan di Greece kerana dia mengalami dehidrasi, jadi saya tak boleh berdepan dengan orang awam jika isteri saya, anak saya dalam ingatannya,”kongsinya.

image is not available

Jelasnya, beliau ingin memberi peluang kepada generasi muda untuk meneruskan perjuangan dan bersuara, sekali gus menyemai semangat dalam kalangan mereka.

“Ruang itu saya serahkan kepada aktivis muda. Mereka patut diberi peluang menikmati pengalaman ini agar menjadi inspirasi untuk terus berbakti dan meneruskan misi ini berulang kali,” tambahnya.

Terdahulu, kemunculan ZRA dalam sambutan kepulangan para delegasi Malaysia di KLIA dicari-cari ramai, namun beliau memilih untuk terus pulang kerana keletihan. image is not available

Bagaimanapun, beliau bersiap sedia untuk bersiaran langsung di platform media sosial, ZRA Strim, bagi kembali mengulas isu Gaza.

Tegasnya, isu Palestin akan terus disuarakan sehingga negara itu merdeka daripada cengkaman penjajah.

Selain dedikasinya dalam misi kemanusiaan, ZRA menunjukkan komitmennya menyampaikan berita dan isu sosial terus kepada masyarakat.

Beliau juga merupakan bekas wartawan Malaysia pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke bumi Palestin pada tahun 2005.

Sumber: IG Melodi TV3