Pulau Pinang Batal Darjah Kebesaran DUPN Milik Najib

LocalPolitics
15 Sep 2022 • 1:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Darjah Utama Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri Utama yang dianugerahkan kepada Najib dibatalkan berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Pulau Pinang menurut jejak langkah Selangor apabila membatalkan darjah kebesaran Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN), membawa gelaran Datuk Seri Utama yang dianugerahkan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkuat kuasa hari ini.

Pemangku Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Zakuan Zakaria berkata, perkara itu dipersetujui Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Menurut beliau, pembatalan darjah kebesaran tersebut adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu, yang mengekalkan sabitan dan hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap beliau atas beberapa pertuduhan.

“Berdasarkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, Keahlian beliau sebagai penyandang DUPN yang membawa gelaran Datuk Seri Utama adalah dibatalkan dan dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.

“Pembatalan dan pemansuhan Keahlian ini adalah selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 6 dan 8 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta Peraturan 18 Statut Darjah Pangkuan Negeri 2011,” katanya. - Getaran, 15 September 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved