Selepas Selangor, Pulau Pinang Pula Tarik Balik Gelaran ‘Datuk Seri Utama’ Najib Razak

Entertainment
15 Sep 2022 • 3:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, Selangor telah menarik darjah kebesaran bekas Perdana Menteri, Malaysia, Najib Razak dan hari ini, Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak telah bersetuju untuk menarik balik Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) beliau yang berkuatkuasa hari ini.

Memetik laporan Utusan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Zakuan Zakaria menyatakan, Najib dikurniakan keahlian D.U.P.N. yang membawa gelaran Datuk Seri Utama itu pada 2009.

image is not available

”Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap beliau atas beberapa pertuduhan.

“Berdasarkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang D.U.P.N. yang membawa gelaran Datuk Seri Utama adalah dibatalkan dan dimansuhkan berkuat kuasa pada 15 September.”

Sebagai rujukan, Najib sebelum ini mempunyai 9 darjah kebesaran dari Selangor, Pahang, Perak, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Mohd. Zakuan berkata, pembatalan dan pemansuhan keahlian Najib ini adalah selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 6 dan 8 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta Peraturan 18 Statut Darjah Pangkuan Negeri 2011.

image is not available

Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM 210 juta selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.