Pulau Pinang Catat Kadar Obesiti Lebih Tinggi Dari Purata Nasional

Entertainment
9 Feb 2025 • 2:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Pulau Pinang adalah negeri dengan kadar obesiti melebihi daripada purata rakyat Malaysia biasa.

image is not available

Memetik laporan The Star, Dzulkefly menyatakan bahawa kadar berat badan berlebihan dan obesiti di Pulau Pinang berada pada 56.5%, mengatasi angka nasional sebanyak 54.4%.

“Kolestrol tinggi juga lebih tinggi di Pulau Pinang iaitu 37.4% berbanding 33.3% secara nasional, dan 35.4% penduduk Pulau Pinang dikesan mempunyai tekanan darah tinggi, melebihi kadar nasional iaitu 29.2%”

Dapatan daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 menunjukkan kadar penyakit tidak berjangkit di Pulau Pinang adalah melebihi purata nasional.

image is not available

Diabetes dikesan dalam 20.5% penduduk dewasa Pulau Pinang, lebih tinggi daripada kadar nasional iaitu 15.6%.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.