Pulau Pinang lantik tiga 'focal person' urus bencana

21 Sep 2022 • 3:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kon Yeow

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang melantik tiga 'focal person' pengurusan bencana di setiap pejabat daerah dan tanah, jabatan serta agensi kerajaan di negeri ini sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku November ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, 'focal person' yang dilantik berperanan mengeratkan lagi jaringan kerjasama antara Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Menurutnya, kerajaan negeri juga melaksanakan Bengkel Pengoperasian Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang yang melibatkan semua pejabat daerah dan tanah, jabatan serta agensi di negeri ini dengan kerjasama pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

"Bengkel yang disertai 70 peserta itu bertujuan memahami dan mempelajari kemahiran asas pengurusan bencana dengan lebih mendalam.

"Selain itu, Jabatan Kewangan Negeri telah meluluskan RM400,000 bagi tujuan pembelian, perolehan aset dan bekalan pengurusan bencana yang mana peruntukan ini akan diagihkan kepada semua pejabat daerah dan tanah mengikut permohonan," katanya ketika sidang akhbar di sini pada Rabu.

Kon Yeow berkata, kerajaan negeri juga menerima sumbangan 4,744 unit khemah yang mana telah diagihkan kepada semua pejabat daerah dan tanah sebagai langkah siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

Dalam perkembangan sama, Kon Yeow memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dijadualkan pada 29 September depan dan akan membincangkan semua isu serta persediaan Monsun Timur Laut di peringkat daerah.

Jelasnya, dalam mesyuarat itu semua pejabat daerah dan tanah akan melaporkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana nanti.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), badan bukan kerajaan (NGO), pasukan tindakan kecemasan (ERT) kampung/komuniti dan pertubuhan berkaitan juga telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved