Pulau Pinang Pertimbang Bina Jambatan Ketiga, Ganti Terowong Dasar Laut

22 May 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, kerajaan negeri sedang mempertimbang cadangan perubahan reka bentuk jajaran ketiga menghubungkan pulau dan Seberang Perai, daripada terowong dasar laut kepada jambatan merentasi Selat Pulau Pinang.

EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata kajian pelaksanaan reka bentuk alternatif itu akan siap dalam tempoh terdekat.

"Kajian kebolehlaksanaan pada 2023, merangkumi penilaian terhadap kewajaran reka bentuk baharu, iaitu jambatan atau reka bentuk alternatif lain.

image is not available

"Penilaian Impak Trafik (TIA) serta semua penilaian lain yang diperlukan akan dilaksanakan selepas itu," katanya.

Februari lalu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, dilaporkan berkata jajaran ketiga antara pulau dan Seberang Perai akan mengalami perubahan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan perincian jajaran baharu itu dan tidak memberi komitmen sama ada ia berbentuk terowong dasar laut atau satu lagi jambatan.

Pada 2021, kerajaan negeri dilaporkan tidak menolak kemungkinan membina jambatan ketiga, menggantikan projek terowong dasar laut yang dicadangkan sebelum ini bagi menghubungkan pulau dan Seberang Perai.

Pulau Pinang sudah memiliki dua jambatan dan terowong dasar laut adalah sebahagian daripada projek mega bernilai RM6.3 bilion di negeri itu.